Thursday, December 23, 2010

Kerja.. Kerja dan Kerja..

Irama muzik KL DRIFT menyedarkan aku dari lamunan sejenak menandakan ada panggilan untuk ku.. lalu aku menjawab dengan keadaan yang takot kerana nombor yang tidak ku kenali tertera di atas skrin. "Hello.." jawabku.. "Hello boleh bercakap dengan izzati?" pemanggil tersebut bertanyakn kepada ku.. lalu aku.." Maaf salah nombor,ini bukan izzati.." aku terpaksa membohong pemanggil tersebut untuk mengelakkan ganguan yang cukup tidak aku gemari,biasa lah lelaki pelbagai ayat boleh di beri kn.. lalu pemanggil itu bertanya kan kembali padaku.. "Ini siapa ye,saya nak bercakap dengan izzati.." aku mula merasakn kemarahan aku membuak2 di kala itu..lalu aku pon menjawab dengan keadaan takot-takot.."Ini wani bukan izzati,cik ni salah nombor la" ..tut tut tut.. terus talianku matikan.. lalu lagu memori tercipta dari syila berkumandang menandakan ada seorng pemanggil dari MPH BOOKSTORE menelefonku.. lalu ku lihat, MPH ABG SHAM calling.. aku mengangkat terus menjawabnya.. Abg Sham adalah bos merangkap Head Outlet di MPH Alamanda.dia bertanyakan kepadaku "Hello.. boleh bercakap dengan izzati?.." dan aku menjawab "Yelah abg sham nie saya,kenapa call?" lalu dia menjawab "Tadi kenapa tak ngaku nie nombor awk? sambil tergelak" lalu aku memberikan alasan ku.. "Ingatkan siapa tadi,nombor tak kenal la.." perbualan kami di teruskan dengan pertanyaan cuti sem ku dan hal kerja yang bakal ditawarkan olehku.. wah..kerja?? aku ditawarkan kerja cuti nie? x sangka cuti sesingkat ini pon mahu juga orang tawarkan aku bekerja..syukur alhamdulillah la Tuhan nak berikan aku rezeki kan.. untung jugak ya cuti cuti nie dapat juga aku kumpulkan duit.. syukur sangat-sangat.." Gajinya kira macama mane ek Abg Sham?" "RM4.50 satu jam kamu bekerja,ade shift la dan mungkin jugak kamu kene full.." hati ku berkata,wah banyaknya cuba saja la korang bayangkan kalau aku bekerja satu hari dari jam 9 pagi hingga ke 10 atau 11 mlm.. berapa aku akan dapat sekiranya 22 atau 25 hari aku bekerja?? banyak kan??

Deringan lagu memori tercipta nyanyian syila membuatkan aku berlari ke dlam bilik untuk melihat siapakah yang menelefonku.. MPH Kak Anis nama tertera di skrin telefon bimbitku.. tanpaberlengah aku mengangkat.."Hello.." "Hello..zetty nie kak anis nie..esok kamu free tak?"pertanya tersebut ku jawab dengan senyuman "free je,kenapa ek Kak Anis?"..  "ok,esok kamu datang brefing pukul 1 kat MPH k" fikirku.."bukan ke Kak Anis cakap brefing hari rabu?" pertanyaanku di jawab dengan gelakan "ye,tapi sebab ramai sngan staff  Kak Anis buat dua sesi esok dengan selasa" aku menjawab "owh.. yeke,owkey la kalu macam tu,tapi pakaian bebas kan dan agak2nya balik pukul brape ek,cepat tau lambat?" jawabnya "esok pakai baju hitam atau putih dengan sluar slek hitam la,balik tu tak tahu pukul brape sebab lepas brefing tu kamu semua kena buat kerja tau,nak kene tarik buku bajet corner so kalau cepat siap cepat la balik tapi kalau tak siap esok kamu kena sambung hari selasa pulak la" "owh owkey2 saya faham dah,jd jumpa esok la k kul 1 petang ye.. ok daaa.."
 
22 Nov 2010- buat pertama kalinya perkenalan ku bersama HALIMATUN SAADIAH,SHAHRUL FATEHAH dan NUR AZEERA.. cuma kami 4 orang saja yang datang brefing pada hari tu.. Selepas sesi brefing kami di tugaskan menarik buku2 yang di pinta oleh Kak Anis dan Kak Farhana..

23 Nov 2010- Hari nie aku dapat kawan baru lagi,semuanya sudah datang hari nie rasanya lah kn.. tp tadi macam ku dengar ada beberapa orang lagi yang masuk lewat sikit dari kami semua. NOR FADILA, NURUL SAFLINDA, NUR LIYANA SHAHIRAH, NUR AMIRAH FARAHIN,MUHD HAFIZ,AHMAD AKMAL,KHAIRUL ZHAFRAN,KAHIRUL NAZMI dan ANNAS NAJHAN.. itu semua kawan2 baru aku,tp biasa la mule2 kenal nama tu ssh la aku nk ingat dn cam muka,ada yang aku ingat customer ada yang aku ingat anak customer.. hahahaha lawaknye,tapi mule2 kami semua tak berape nak banyak cakap tak berapa nk mesra.. hari ni jugakkami semua pulang sehingga malam,cuma Nurul,Syira dgn Farah je pulang awl kerana mereka duduk damansara,jadi nak kejar bas ssh la kan,so 1st day di benarkan pulang awl..

24 Nov 2010- Aku .. hahha perlu datang kerja lagi tetapi hari nie shiftnye cuma pagi sahaja sebabnye keesokkannye aku kene kerja full shift pagi samapai lah malam.. so macma biasa la buat kerja dlam kedai tu,ssn magazine kesayanganku

25 Nov 2010- Hari ini kami semua mula kerja di luar kedai,kami dah kene jaga book fair kt centre court alamanda tu.hari pertama aku,Teh,dgn Eira jadi cshr tp time nk klau rehat tu tukar dgn budak2 damansara,kami cuma ada 3pc je boleh guna satu lagi pc problem la.. jadi mulai hari ni la kami mulakan kerja,mcm2 ragam customer,mcm2 kerenah staff yang aku jumpa dan aku tengok.. manusia tak pernah lari dari kesilapan kan.. 

29 Nov 2010- ZAKIRAH NUR IWANI kawan baru kami semua,dia baru masuk kerja hari nie sbb nk uruskan hal2 luar.. aku pelik kenapa budak2 lelaki suka snagt mengejek zakira,ntah kenapa,mengapa dan sebabnya aku pon xthu,bg aku zakira gadis yang sngt comel,hitam manis.. dia juga di tugaskan menjaga cashr mcm aku,tugas2 kami di cashr je tp ada hari yang aku malas nk jd cashr aku jg la floor,tp penatnye jgn cakap la.. hahaha.. bukan penat ssn buku tp penat jd penjaga tiang yang belum sempat nk bertauliah lagi

Kerja kami tak la susah mane pon sape yg jaga floor truskan la jg floor tp still ade yg curi2 tulang dn kami2 yang cashr nie still kt kaunter je la.. kerjaterus berlalu hari demi hari sehinggakan seminggu nak habis bookfair nie ade dua orng staff baru masuk sbbnye ade 3 orng staff yg berhenti awal sblam tarikh tamat kerja nie, ornagnya MUHD HADI dan SYED SHAHRIl,buah hati pengarang jantungku..hehehe so kami dapat kwn baru wlpn sekejap cuma mereka merasakan kepenatan kami ini.. heheheh.. dan aku.. dapat juga lah berdating main2 mata dengan buah hati aku tu sekejap.. jgn marah kawan2..
 
17 Dec 2010- Hari ni last aku dn kawan2 menghadap buku di book fair,sibuk di kaunter pembayaran, berdiri menjaga di setiap tiang untuk mengelakkn kecurian berlaku,tapi yang aku pastinya kecurian telah pun berlaku tanpa kami semua sedari,bayangkan saja lah,tempat terbuka mcm tu senang sngt orng nk ambil dan trus blah mcm tu je,mmg staff ramai tapi itu belum cukup untuk mengawal semuanya.. malam nie semua kena berjaga sampai pagi means 18 Dec 2010,kerana semua buku2 dan segala tempat ini kami harus kemaskan semula..

18 Dec 2010- Pagi yang hening sungguh menyeronokkkan,satu kenangan yg takkan aku dapt lupakan. walaupun ade segelintir antara kami yang masuk keje dr petang sampai lah pagi nie tak balik mandi tau tukar baju terus je berada di sini sehinggan 7.00 pagi kami semua tak kisah. ape yang pasti semua kerja kami beres dgn sempurna dan kenangan yang kami cipta sngat2 lah indah.. hari ni juga bezday boy kami iaitu KHAIRUL ZHAFRAN.. die abg kepada kami2 nie umur dah lanjut sikit tetapi muke ala2 baby face kecil je orngnye. Kak Dila bawa kek dari umah dia mmg pandai bt kek batik sbb tu selama beberapa hari kebelakangan nie die selalu aja mmbwa mknan bt kami semua. akhir sekali kami semua di beri wang sebanyk RM15 seorang itu elaun kami kerja malam tu.. bersyukur la walaupon cuma RM15 sja..

Semuanya memang seronok,betul kata orang tu,kenangan tak kan boleh di jual beli kenangan juga takkan datang dengan sendirinya kalau kite tidak menciptakannya.. Takkan ku lupakan kamu semua wahai teman-temanku..