Monday, April 25, 2011

TANPANYA... .. ~susahnya hidup ini~

Susahnya hidup... Kenapa ek?? Kes apa pulak ni ye?      
   ~           DUIT..DUIT..DUIT..        ~
Ya! memang susah kalau tiada duit kan? kita hidup terlalu bergantung pada duit. Dengan duit la kita boleh teruskan hidup dan diri kita semuanya bermula dengan duit.. Percaya atau tak mari kita bahaskannya..
        Kenapa ya aku katakan kita hidup bergantung pada duit? Sebab pada pandangan diri aku sendiri dengan duitlah kita boleh mulakan hidup yang penuh bermakna,tetapi percaya atau tak duit ini jugak boleh mengundang kesusahan pada diri kita juga jika tidak pandai menguruskannya..
         Apabila kita bangun dari tidur,buka saja mata,tujuan utama kita adalah menuju ke destinasi yang sepatutnya,seperti pelajar sekolah sudah semestinya destinasiya mereka ke sekolah,orang yang bekerja tidak kira la pegawai bank,mekanik,cikgu sekolah,lecturer,pak gurd semuanya menuju ke destinasi mereka sendiri,tetapi apa kaitannya dengan duit ya? Kaitannya adalah,jika seorang pelajar itu ke sekolah tanpa membawa duit walau pun RM1.00 ke sekolah adakah mereka akan ke sekolah? Benarkan mereka tidak perlukan duit? Tidak!! Mereka sangat memerlukan duit untuk makan dan minum,keperluan sekolah,mungkin pemadam atau pensil yang hilang perlu di beli di kedai buku sekolah, atau siapa yang pergi ke sekolah dengan menaiki bas,sudah tentunya mereka memerlukan tambang bas.. Seandainya ibu bapa atau penjaga mereka tidak membekalkan kepada mereka duit bagaimanakah kehidupan mereka pada hari itu? Adakah mereka akan terus berdiam diri tanpa meminjam pada rakan2 mereka? Itu tidak mustahil akan berlaku kan? Tetapi,percayalah,mereka tetap akan meminjam kepada rakan2 mereka walaupun jumlahnya sedikit kerana duit itu sangat penting pada mereka..
        Buat orang yang bekerja,apa kaitannya duit dengan mereka?? Sangat2 lah penting tahu tak.. Yelah,nak pergi kerja mestilah nak kena ada tamabang bas kalau siapa yang naik bas,siapa yang naik kereta atau motor nak bayar duit minyak,parking kereta lagi,masa rehat nak makan pulak,tiba2 ada orang datang jual2 baju ke, mintak derma ke,sure lah nak beli dan bagi kan?
        Kehidupan yang sempurna mesti ada rumah dan pakaian. Jadi kalau itu yang utama,mestilah duit menjadi tunjak utama dalam kehidupan seharian kite.. rumahdan pakaian bukan boleh di bayar menggunaka air liur,mesti mahu perlukan duit,tiada duit,tiada rumah mahupun pakaian..percayalah kawan-kawan..
       Tapi.. apa masalahnya jika diri kita dan hidup kita dilimpahkan dengan duit atau wang yang begitu banyak? apa masalahnya? jom kita lihat dn baca..
       Boros! itu yang utama.. kenapa itu yang pertama, kerana bila saja duit berkepok-kepok dalam wallet, itu ini nak beli, tak cukup sehelai dua baju, tengok yang itu nak beli jugak, tengok yang ini nak beli jugak,tambah-tanbah bila gaji baru saja masuk ke dalam bank.. wah wah wah memang shopping habis lah.. kalau tak percaya,tengok saja di Alamanda shopping complex, time 25,26 hb setiap bulan panjang gile orang-orang kat ATM machine. orang beratur nak keluar kan duit, benda yang di perhatikan lama sudah masa untuk di perolehinya.. Kadang tu, makan jadi no 2, shopping akan jadi no 1. orang kerajaan nie bukan banyak mana pun duit berlagak je lebih.. Hari-hari aku duduk alamanda tengok reaksi manusia sama je.. Bosan dan muak aku dan kawan-kawan aku melihatnye. huhuhuhu..
       Merokok! itu akan jatuh no 2.. tapi itu akan jadi no 1 pada kaum lelaki.. kenapa aku berkata begitu? kerana pada pemerhatian aku la,lelaki ni duit bukan banyak habis pada shopping,dieorng bukan macam kita nie kaum perempuan dik oii.. dieorng nie kaum lelaki lebih syok habiskan duit dengan membeli.."bang bagi dunhill sekotak" kalo yang tengah nak bajet2 "bang mallboro sebatang".. hari2 sebatnag bukan duit jugak keluarnya tu?? betul tak apa yang aku katakan ni? kalau tak percaya tanya la kaum adam tu sendiri, kadang tu tak payah tanye lain la tengok saja ayah,abang,adik dan boyfriend kite sendiri tu dah memadai.. apa yang best sangat la merokok nie ek?? buat tambah sakit dalam badan nie lagi ada la.. belum rase sakitnya tu jadi takkan kate sakit,tapi satu hari t bila sakit tu betul2 datang.. haaa tu dia terlantar kat hospital jangan tanya la kan kenapa.. amik kau!
       Dari merokok boleh turunnya kepada dadah,gam,ais dan pelbagai benda yang bersangkut paut dengannya la.. Percaya atau tak budak zaman sekarng benda-benda sebegitu sangat normal bagi mereka. Clubbing? huh!! jangan cakap la kan.. Mak ayah hantar pi sekolah asrama,malam-malam fly dengan kawan-kawan,katanye nak ejoy,asyik terperok je dalam asrama bosan gile! Itulah jawapan yang dah biasa di dengar. Dah di denda,masih tak makan saman nampaknya.. Tak cukup dengan itu, kalau bab-bab minun nie dah jadi kebiasaan anak muda zaman sekarng nie,jangan kata budak diploma,budak tingkatan tiga pon dah berani mati amik semua benda-benda tu.. Kalau tak percaya,tengok saja di bukit bintang,pavilion,times square berapa ramai remaja yang melepak di situ kalau nak di bandingkan dengan orang-orang vateren atau orang-orang dewasa.. Kalau kat cyber cafe, ada nampak orang-orang tua datang main game? berchatting? tak ada kan?? ya iya lah,sudah pastinya tidak ada kerana golongan remaja yang menguasai kawasan tersebut. Itu port baik katanya.. bosan di rumah dengar mak membebel,cyber cafe jadi tempat melepaskan tension.. Betul tak kawan-kawan?? Apa yang aku kata itu apa yang aku nampak, bukan nak kata diri aku betul sepenuhnya, memang setiap manusia ada melakukan kesilapan tetapi dari kesilapan itulah kita belajar membentuk diri sendiri.. Kepada mak ayah di luar sana, bagi duit belanja terlalu banyak pada anak-anak sebenarnya kurang elok pada ketika dan zaman kini. Bila duit sudah berlebihan di tangan,benda-benda diatas tu la akan terjadi..
      Itu la bezanya lelaki dengan perempuan nie kan.. hmmm tapi beza dari segi penggunaan nye saja cuma ada satu yang masih sama iaitu, DUIT!! itu yang amat penting bagi dua kaum ini.. Betul atau tidak cuba tanya pada diri anda sendiri.. Apa yang dikatan di atas cume dari sudut pandangan aku saja,kalau anda itu aku tidak tahu.

Sunday, April 24, 2011

Bila apa yang aku rasa....





~tiada kata diam seribu bahasa~

~sudah lama tidak bertemu~

Dear blog,
Rasanya sudah lama tidak kita bersua.. kemaafan ku pinta kerana hilang ingatanku buat seketika ke atas kata laluan kamu.. Kini aku sudah kembali untuk meluangkan masaku semula bersama kamu..

Dear blog,
Selama kita tidak bersua pelbagai cerita juga pelbagai rasa yang ku pendam sendirian tanpamu.. Tiada tempat mengadu sehinggakan diriku menagis sendirian.. Seandainya ku ingat kata laluan ini setidak-tidaknya segala rasa boleh ku luahkan kepadamu..

Dear blog,
Hmmm.. ntah kenapa ya tiba-tiba saja aku rasa kehilangan, kehilangan yang luar biasa.. jiwa aku kosong,sedih tanpa kata.. kenapa ek? Perlu ke rasa sampai macam nie sekali? Apa yang sebenarnya patut aku lakukan..

Dear blog,
Pernah dengar tak, "kita akan rasa kehilangan apabila orang yang kita sayang sudah jauh dari pandangan mata"... begitulah dengan apa yang aku rasa di saat ini.. tiba-tiba aku rasa kehilangan.. tiba-tiba aku rasa kesunyian.. dan tiba-tiba aku rasa kesepian.. adakalnya dia terlalu menyakitkan tapi adakalanya dia terlalu membahagiakan.. di saat kesakitan dan menyakitkan itu datang, aku merasakan diriku sangat bosan untuk lalui semua ini.. diriku tidak perlu kan nya lagi.. tetapi apabila kebahagiaan itu datang, sagalanya perlu dalam kehidupan ku seharian.. aku sangat memerlukan dirinya.. aku sangat sayang akan dirinya.. tapi.... Tuhan lebih mengerti apa yang terbaik untuk dirikuku dan dirinya.. 

Dear blog,
Pernah dengar akan perpisah?? sudah pasti kamu sudah jemu untuk mendengar kata perpisah dan jugak putus dari sesiapa saja yang menngunakan khidmat kamu... Putus! Berpisah! Break! Relationship it's over! itu yang terjadi keatas diriku saat ini.. Kenapa? Kenapa? dan Kenapa?............. adakah mungkin bukan jodoh kami? atau mungkin tiada keserasian lagi? atau mungkin................ hmmmm ntah la... yang pastinya SEDIH!!!

Dear blog,
Satu tahun sembilan bulan.... Tempoh yang agak lama bagiku untuk lalui segala suka duka pahit manis bersama.. Pelbagai kenangan yang tercipta takkan dapat ku lupakan.. ITU YANG PENTING!! Memori....

Dear blog,
Saat Kau Pergi...

Saat kau pergi 
Berlinanglah air mataku
Betapa singkat ku rasakan
Kebahagiaan itu kini lenyaplah sudah
Tak pernah ku inginkan
Perpisahan ini terjadi
Ku hanya bisa merelakan
Jika memang kau pikir inilah yang terbaik
Tak perlu kau beri alasan
Mengapa kau ingin pergi
Meninggalkan diriku
Karena ku yakin mungkin semuanya
Itu bisa membuatmu bahagia
sepenuhnya ku menyadari
Bahwa cinta itu
Tak mesti harus memiliki
Namun ku akan terus selalu menyanyangimu
Setulusnya hatiku
Tak pernah ku inginkan
Perpisahan ini terjadi
Betapa singkat ku rasakan
kebahagiaan itu kini lenyaplah sudah Tak perlu kau beri alasan
Mengapa kau ingin pergi
Meninggalkan diriku
Karena ku yakin mungkin semuanya
Itu bisa membuatmu bahagia
sepenuhnya ku menyadari
Bahwa cinta itu
Tak mesti harus memiliki
Namun ku akan terus selalu menyanyangimu
Setulusnya hatiku Saat kau pergi Berlinanglah air mataku