Monday, April 25, 2011

TANPANYA... .. ~susahnya hidup ini~

Susahnya hidup... Kenapa ek?? Kes apa pulak ni ye?      
   ~           DUIT..DUIT..DUIT..        ~
Ya! memang susah kalau tiada duit kan? kita hidup terlalu bergantung pada duit. Dengan duit la kita boleh teruskan hidup dan diri kita semuanya bermula dengan duit.. Percaya atau tak mari kita bahaskannya..
        Kenapa ya aku katakan kita hidup bergantung pada duit? Sebab pada pandangan diri aku sendiri dengan duitlah kita boleh mulakan hidup yang penuh bermakna,tetapi percaya atau tak duit ini jugak boleh mengundang kesusahan pada diri kita juga jika tidak pandai menguruskannya..
         Apabila kita bangun dari tidur,buka saja mata,tujuan utama kita adalah menuju ke destinasi yang sepatutnya,seperti pelajar sekolah sudah semestinya destinasiya mereka ke sekolah,orang yang bekerja tidak kira la pegawai bank,mekanik,cikgu sekolah,lecturer,pak gurd semuanya menuju ke destinasi mereka sendiri,tetapi apa kaitannya dengan duit ya? Kaitannya adalah,jika seorang pelajar itu ke sekolah tanpa membawa duit walau pun RM1.00 ke sekolah adakah mereka akan ke sekolah? Benarkan mereka tidak perlukan duit? Tidak!! Mereka sangat memerlukan duit untuk makan dan minum,keperluan sekolah,mungkin pemadam atau pensil yang hilang perlu di beli di kedai buku sekolah, atau siapa yang pergi ke sekolah dengan menaiki bas,sudah tentunya mereka memerlukan tambang bas.. Seandainya ibu bapa atau penjaga mereka tidak membekalkan kepada mereka duit bagaimanakah kehidupan mereka pada hari itu? Adakah mereka akan terus berdiam diri tanpa meminjam pada rakan2 mereka? Itu tidak mustahil akan berlaku kan? Tetapi,percayalah,mereka tetap akan meminjam kepada rakan2 mereka walaupun jumlahnya sedikit kerana duit itu sangat penting pada mereka..
        Buat orang yang bekerja,apa kaitannya duit dengan mereka?? Sangat2 lah penting tahu tak.. Yelah,nak pergi kerja mestilah nak kena ada tamabang bas kalau siapa yang naik bas,siapa yang naik kereta atau motor nak bayar duit minyak,parking kereta lagi,masa rehat nak makan pulak,tiba2 ada orang datang jual2 baju ke, mintak derma ke,sure lah nak beli dan bagi kan?
        Kehidupan yang sempurna mesti ada rumah dan pakaian. Jadi kalau itu yang utama,mestilah duit menjadi tunjak utama dalam kehidupan seharian kite.. rumahdan pakaian bukan boleh di bayar menggunaka air liur,mesti mahu perlukan duit,tiada duit,tiada rumah mahupun pakaian..percayalah kawan-kawan..
       Tapi.. apa masalahnya jika diri kita dan hidup kita dilimpahkan dengan duit atau wang yang begitu banyak? apa masalahnya? jom kita lihat dn baca..
       Boros! itu yang utama.. kenapa itu yang pertama, kerana bila saja duit berkepok-kepok dalam wallet, itu ini nak beli, tak cukup sehelai dua baju, tengok yang itu nak beli jugak, tengok yang ini nak beli jugak,tambah-tanbah bila gaji baru saja masuk ke dalam bank.. wah wah wah memang shopping habis lah.. kalau tak percaya,tengok saja di Alamanda shopping complex, time 25,26 hb setiap bulan panjang gile orang-orang kat ATM machine. orang beratur nak keluar kan duit, benda yang di perhatikan lama sudah masa untuk di perolehinya.. Kadang tu, makan jadi no 2, shopping akan jadi no 1. orang kerajaan nie bukan banyak mana pun duit berlagak je lebih.. Hari-hari aku duduk alamanda tengok reaksi manusia sama je.. Bosan dan muak aku dan kawan-kawan aku melihatnye. huhuhuhu..
       Merokok! itu akan jatuh no 2.. tapi itu akan jadi no 1 pada kaum lelaki.. kenapa aku berkata begitu? kerana pada pemerhatian aku la,lelaki ni duit bukan banyak habis pada shopping,dieorng bukan macam kita nie kaum perempuan dik oii.. dieorng nie kaum lelaki lebih syok habiskan duit dengan membeli.."bang bagi dunhill sekotak" kalo yang tengah nak bajet2 "bang mallboro sebatang".. hari2 sebatnag bukan duit jugak keluarnya tu?? betul tak apa yang aku katakan ni? kalau tak percaya tanya la kaum adam tu sendiri, kadang tu tak payah tanye lain la tengok saja ayah,abang,adik dan boyfriend kite sendiri tu dah memadai.. apa yang best sangat la merokok nie ek?? buat tambah sakit dalam badan nie lagi ada la.. belum rase sakitnya tu jadi takkan kate sakit,tapi satu hari t bila sakit tu betul2 datang.. haaa tu dia terlantar kat hospital jangan tanya la kan kenapa.. amik kau!
       Dari merokok boleh turunnya kepada dadah,gam,ais dan pelbagai benda yang bersangkut paut dengannya la.. Percaya atau tak budak zaman sekarng benda-benda sebegitu sangat normal bagi mereka. Clubbing? huh!! jangan cakap la kan.. Mak ayah hantar pi sekolah asrama,malam-malam fly dengan kawan-kawan,katanye nak ejoy,asyik terperok je dalam asrama bosan gile! Itulah jawapan yang dah biasa di dengar. Dah di denda,masih tak makan saman nampaknya.. Tak cukup dengan itu, kalau bab-bab minun nie dah jadi kebiasaan anak muda zaman sekarng nie,jangan kata budak diploma,budak tingkatan tiga pon dah berani mati amik semua benda-benda tu.. Kalau tak percaya,tengok saja di bukit bintang,pavilion,times square berapa ramai remaja yang melepak di situ kalau nak di bandingkan dengan orang-orang vateren atau orang-orang dewasa.. Kalau kat cyber cafe, ada nampak orang-orang tua datang main game? berchatting? tak ada kan?? ya iya lah,sudah pastinya tidak ada kerana golongan remaja yang menguasai kawasan tersebut. Itu port baik katanya.. bosan di rumah dengar mak membebel,cyber cafe jadi tempat melepaskan tension.. Betul tak kawan-kawan?? Apa yang aku kata itu apa yang aku nampak, bukan nak kata diri aku betul sepenuhnya, memang setiap manusia ada melakukan kesilapan tetapi dari kesilapan itulah kita belajar membentuk diri sendiri.. Kepada mak ayah di luar sana, bagi duit belanja terlalu banyak pada anak-anak sebenarnya kurang elok pada ketika dan zaman kini. Bila duit sudah berlebihan di tangan,benda-benda diatas tu la akan terjadi..
      Itu la bezanya lelaki dengan perempuan nie kan.. hmmm tapi beza dari segi penggunaan nye saja cuma ada satu yang masih sama iaitu, DUIT!! itu yang amat penting bagi dua kaum ini.. Betul atau tidak cuba tanya pada diri anda sendiri.. Apa yang dikatan di atas cume dari sudut pandangan aku saja,kalau anda itu aku tidak tahu.

Sunday, April 24, 2011

Bila apa yang aku rasa....





~tiada kata diam seribu bahasa~

~sudah lama tidak bertemu~

Dear blog,
Rasanya sudah lama tidak kita bersua.. kemaafan ku pinta kerana hilang ingatanku buat seketika ke atas kata laluan kamu.. Kini aku sudah kembali untuk meluangkan masaku semula bersama kamu..

Dear blog,
Selama kita tidak bersua pelbagai cerita juga pelbagai rasa yang ku pendam sendirian tanpamu.. Tiada tempat mengadu sehinggakan diriku menagis sendirian.. Seandainya ku ingat kata laluan ini setidak-tidaknya segala rasa boleh ku luahkan kepadamu..

Dear blog,
Hmmm.. ntah kenapa ya tiba-tiba saja aku rasa kehilangan, kehilangan yang luar biasa.. jiwa aku kosong,sedih tanpa kata.. kenapa ek? Perlu ke rasa sampai macam nie sekali? Apa yang sebenarnya patut aku lakukan..

Dear blog,
Pernah dengar tak, "kita akan rasa kehilangan apabila orang yang kita sayang sudah jauh dari pandangan mata"... begitulah dengan apa yang aku rasa di saat ini.. tiba-tiba aku rasa kehilangan.. tiba-tiba aku rasa kesunyian.. dan tiba-tiba aku rasa kesepian.. adakalnya dia terlalu menyakitkan tapi adakalanya dia terlalu membahagiakan.. di saat kesakitan dan menyakitkan itu datang, aku merasakan diriku sangat bosan untuk lalui semua ini.. diriku tidak perlu kan nya lagi.. tetapi apabila kebahagiaan itu datang, sagalanya perlu dalam kehidupan ku seharian.. aku sangat memerlukan dirinya.. aku sangat sayang akan dirinya.. tapi.... Tuhan lebih mengerti apa yang terbaik untuk dirikuku dan dirinya.. 

Dear blog,
Pernah dengar akan perpisah?? sudah pasti kamu sudah jemu untuk mendengar kata perpisah dan jugak putus dari sesiapa saja yang menngunakan khidmat kamu... Putus! Berpisah! Break! Relationship it's over! itu yang terjadi keatas diriku saat ini.. Kenapa? Kenapa? dan Kenapa?............. adakah mungkin bukan jodoh kami? atau mungkin tiada keserasian lagi? atau mungkin................ hmmmm ntah la... yang pastinya SEDIH!!!

Dear blog,
Satu tahun sembilan bulan.... Tempoh yang agak lama bagiku untuk lalui segala suka duka pahit manis bersama.. Pelbagai kenangan yang tercipta takkan dapat ku lupakan.. ITU YANG PENTING!! Memori....

Dear blog,
Saat Kau Pergi...

Saat kau pergi 
Berlinanglah air mataku
Betapa singkat ku rasakan
Kebahagiaan itu kini lenyaplah sudah
Tak pernah ku inginkan
Perpisahan ini terjadi
Ku hanya bisa merelakan
Jika memang kau pikir inilah yang terbaik
Tak perlu kau beri alasan
Mengapa kau ingin pergi
Meninggalkan diriku
Karena ku yakin mungkin semuanya
Itu bisa membuatmu bahagia
sepenuhnya ku menyadari
Bahwa cinta itu
Tak mesti harus memiliki
Namun ku akan terus selalu menyanyangimu
Setulusnya hatiku
Tak pernah ku inginkan
Perpisahan ini terjadi
Betapa singkat ku rasakan
kebahagiaan itu kini lenyaplah sudah Tak perlu kau beri alasan
Mengapa kau ingin pergi
Meninggalkan diriku
Karena ku yakin mungkin semuanya
Itu bisa membuatmu bahagia
sepenuhnya ku menyadari
Bahwa cinta itu
Tak mesti harus memiliki
Namun ku akan terus selalu menyanyangimu
Setulusnya hatiku Saat kau pergi Berlinanglah air mataku 

Thursday, December 23, 2010

Kerja.. Kerja dan Kerja..

Irama muzik KL DRIFT menyedarkan aku dari lamunan sejenak menandakan ada panggilan untuk ku.. lalu aku menjawab dengan keadaan yang takot kerana nombor yang tidak ku kenali tertera di atas skrin. "Hello.." jawabku.. "Hello boleh bercakap dengan izzati?" pemanggil tersebut bertanyakn kepada ku.. lalu aku.." Maaf salah nombor,ini bukan izzati.." aku terpaksa membohong pemanggil tersebut untuk mengelakkan ganguan yang cukup tidak aku gemari,biasa lah lelaki pelbagai ayat boleh di beri kn.. lalu pemanggil itu bertanya kan kembali padaku.. "Ini siapa ye,saya nak bercakap dengan izzati.." aku mula merasakn kemarahan aku membuak2 di kala itu..lalu aku pon menjawab dengan keadaan takot-takot.."Ini wani bukan izzati,cik ni salah nombor la" ..tut tut tut.. terus talianku matikan.. lalu lagu memori tercipta dari syila berkumandang menandakan ada seorng pemanggil dari MPH BOOKSTORE menelefonku.. lalu ku lihat, MPH ABG SHAM calling.. aku mengangkat terus menjawabnya.. Abg Sham adalah bos merangkap Head Outlet di MPH Alamanda.dia bertanyakan kepadaku "Hello.. boleh bercakap dengan izzati?.." dan aku menjawab "Yelah abg sham nie saya,kenapa call?" lalu dia menjawab "Tadi kenapa tak ngaku nie nombor awk? sambil tergelak" lalu aku memberikan alasan ku.. "Ingatkan siapa tadi,nombor tak kenal la.." perbualan kami di teruskan dengan pertanyaan cuti sem ku dan hal kerja yang bakal ditawarkan olehku.. wah..kerja?? aku ditawarkan kerja cuti nie? x sangka cuti sesingkat ini pon mahu juga orang tawarkan aku bekerja..syukur alhamdulillah la Tuhan nak berikan aku rezeki kan.. untung jugak ya cuti cuti nie dapat juga aku kumpulkan duit.. syukur sangat-sangat.." Gajinya kira macama mane ek Abg Sham?" "RM4.50 satu jam kamu bekerja,ade shift la dan mungkin jugak kamu kene full.." hati ku berkata,wah banyaknya cuba saja la korang bayangkan kalau aku bekerja satu hari dari jam 9 pagi hingga ke 10 atau 11 mlm.. berapa aku akan dapat sekiranya 22 atau 25 hari aku bekerja?? banyak kan??

Deringan lagu memori tercipta nyanyian syila membuatkan aku berlari ke dlam bilik untuk melihat siapakah yang menelefonku.. MPH Kak Anis nama tertera di skrin telefon bimbitku.. tanpaberlengah aku mengangkat.."Hello.." "Hello..zetty nie kak anis nie..esok kamu free tak?"pertanya tersebut ku jawab dengan senyuman "free je,kenapa ek Kak Anis?"..  "ok,esok kamu datang brefing pukul 1 kat MPH k" fikirku.."bukan ke Kak Anis cakap brefing hari rabu?" pertanyaanku di jawab dengan gelakan "ye,tapi sebab ramai sngan staff  Kak Anis buat dua sesi esok dengan selasa" aku menjawab "owh.. yeke,owkey la kalu macam tu,tapi pakaian bebas kan dan agak2nya balik pukul brape ek,cepat tau lambat?" jawabnya "esok pakai baju hitam atau putih dengan sluar slek hitam la,balik tu tak tahu pukul brape sebab lepas brefing tu kamu semua kena buat kerja tau,nak kene tarik buku bajet corner so kalau cepat siap cepat la balik tapi kalau tak siap esok kamu kena sambung hari selasa pulak la" "owh owkey2 saya faham dah,jd jumpa esok la k kul 1 petang ye.. ok daaa.."
 
22 Nov 2010- buat pertama kalinya perkenalan ku bersama HALIMATUN SAADIAH,SHAHRUL FATEHAH dan NUR AZEERA.. cuma kami 4 orang saja yang datang brefing pada hari tu.. Selepas sesi brefing kami di tugaskan menarik buku2 yang di pinta oleh Kak Anis dan Kak Farhana..

23 Nov 2010- Hari nie aku dapat kawan baru lagi,semuanya sudah datang hari nie rasanya lah kn.. tp tadi macam ku dengar ada beberapa orang lagi yang masuk lewat sikit dari kami semua. NOR FADILA, NURUL SAFLINDA, NUR LIYANA SHAHIRAH, NUR AMIRAH FARAHIN,MUHD HAFIZ,AHMAD AKMAL,KHAIRUL ZHAFRAN,KAHIRUL NAZMI dan ANNAS NAJHAN.. itu semua kawan2 baru aku,tp biasa la mule2 kenal nama tu ssh la aku nk ingat dn cam muka,ada yang aku ingat customer ada yang aku ingat anak customer.. hahahaha lawaknye,tapi mule2 kami semua tak berape nak banyak cakap tak berapa nk mesra.. hari ni jugakkami semua pulang sehingga malam,cuma Nurul,Syira dgn Farah je pulang awl kerana mereka duduk damansara,jadi nak kejar bas ssh la kan,so 1st day di benarkan pulang awl..

24 Nov 2010- Aku .. hahha perlu datang kerja lagi tetapi hari nie shiftnye cuma pagi sahaja sebabnye keesokkannye aku kene kerja full shift pagi samapai lah malam.. so macma biasa la buat kerja dlam kedai tu,ssn magazine kesayanganku

25 Nov 2010- Hari ini kami semua mula kerja di luar kedai,kami dah kene jaga book fair kt centre court alamanda tu.hari pertama aku,Teh,dgn Eira jadi cshr tp time nk klau rehat tu tukar dgn budak2 damansara,kami cuma ada 3pc je boleh guna satu lagi pc problem la.. jadi mulai hari ni la kami mulakan kerja,mcm2 ragam customer,mcm2 kerenah staff yang aku jumpa dan aku tengok.. manusia tak pernah lari dari kesilapan kan.. 

29 Nov 2010- ZAKIRAH NUR IWANI kawan baru kami semua,dia baru masuk kerja hari nie sbb nk uruskan hal2 luar.. aku pelik kenapa budak2 lelaki suka snagt mengejek zakira,ntah kenapa,mengapa dan sebabnya aku pon xthu,bg aku zakira gadis yang sngt comel,hitam manis.. dia juga di tugaskan menjaga cashr mcm aku,tugas2 kami di cashr je tp ada hari yang aku malas nk jd cashr aku jg la floor,tp penatnye jgn cakap la.. hahaha.. bukan penat ssn buku tp penat jd penjaga tiang yang belum sempat nk bertauliah lagi

Kerja kami tak la susah mane pon sape yg jaga floor truskan la jg floor tp still ade yg curi2 tulang dn kami2 yang cashr nie still kt kaunter je la.. kerjaterus berlalu hari demi hari sehinggakan seminggu nak habis bookfair nie ade dua orng staff baru masuk sbbnye ade 3 orng staff yg berhenti awal sblam tarikh tamat kerja nie, ornagnya MUHD HADI dan SYED SHAHRIl,buah hati pengarang jantungku..hehehe so kami dapat kwn baru wlpn sekejap cuma mereka merasakan kepenatan kami ini.. heheheh.. dan aku.. dapat juga lah berdating main2 mata dengan buah hati aku tu sekejap.. jgn marah kawan2..
 
17 Dec 2010- Hari ni last aku dn kawan2 menghadap buku di book fair,sibuk di kaunter pembayaran, berdiri menjaga di setiap tiang untuk mengelakkn kecurian berlaku,tapi yang aku pastinya kecurian telah pun berlaku tanpa kami semua sedari,bayangkan saja lah,tempat terbuka mcm tu senang sngt orng nk ambil dan trus blah mcm tu je,mmg staff ramai tapi itu belum cukup untuk mengawal semuanya.. malam nie semua kena berjaga sampai pagi means 18 Dec 2010,kerana semua buku2 dan segala tempat ini kami harus kemaskan semula..

18 Dec 2010- Pagi yang hening sungguh menyeronokkkan,satu kenangan yg takkan aku dapt lupakan. walaupun ade segelintir antara kami yang masuk keje dr petang sampai lah pagi nie tak balik mandi tau tukar baju terus je berada di sini sehinggan 7.00 pagi kami semua tak kisah. ape yang pasti semua kerja kami beres dgn sempurna dan kenangan yang kami cipta sngat2 lah indah.. hari ni juga bezday boy kami iaitu KHAIRUL ZHAFRAN.. die abg kepada kami2 nie umur dah lanjut sikit tetapi muke ala2 baby face kecil je orngnye. Kak Dila bawa kek dari umah dia mmg pandai bt kek batik sbb tu selama beberapa hari kebelakangan nie die selalu aja mmbwa mknan bt kami semua. akhir sekali kami semua di beri wang sebanyk RM15 seorang itu elaun kami kerja malam tu.. bersyukur la walaupon cuma RM15 sja..

Semuanya memang seronok,betul kata orang tu,kenangan tak kan boleh di jual beli kenangan juga takkan datang dengan sendirinya kalau kite tidak menciptakannya.. Takkan ku lupakan kamu semua wahai teman-temanku..

Saturday, November 13, 2010

about Life

Bertemu kita buat pertama kali nya di sini,di alam maya yang tidak ku kenal orang sekelilingnya yang tidak ku 
kenal siapa pembacanya tetapi diri ku kenal siapa penulisnya.Kehidupan, apa erti kehidupan pada anda dan betapa pentingnya kehidupan dalam diri anda.kehidupan pada aku sangat penting sepentingnya nyawa hidup dan mati ku.. kehidupan aku seperti orang lain aku dilahirkan dibesarkan dan satu ketika nanti aku akan dimatikan tetapi itu semua ketentuan darinya yang aku sendiri tidak tahu bila masanya akan tiba. 
aku, NORIZZATI SHAZWANI BINTI IBRAHIM yang dilahirkan pada 26FEBRUARI1988 
di HOSPITAL BATU PAHAT,JOHOR. aku anak sulung dari tiga beradik dan cuma aku seorng anak perempuan yang mak aku dapat lahirkan dan mungkin aku seorng rezeki mereka untuk mendapat anak perempuan.aku sedang menuntut di KOLEJ POLY-TECH MARA,KUALA LUMPUR dalam jurusan 
BSC(HONS) IT with INTERNATIONAL BUSINESS selama dua tahun,insyallah thun depan habis la,mudah-mudahan..aku tak nafikan yang diri aku seorang yang manja,perlukan perhatian dari ornag lain even dengan kawan2 pun aku perlukan itu semua,aku seorang yang kuat merajuk dan cepat terasa hati dengan siapa pun yang berkata2 tanpa menggunakan insuran mulut mereka dan yang pastinya selepas itiu air mata 
menjadi penemanku yang sentiasa bersamaku pabila aku memerlukannya.biasalah orang kata seorang je anak perempuan mesti manja,apa saja yang di minta pasti akan dapat. tp.. bagi aku tu hanya pada pandangan orng luar sahaja kerana bagi aku dilahirkan seorng sahaja anak perempuan biasa sahaja dan ianya menjadi lagi susah kerana kitalah harapan mereka,masa depan kita kemungkinanan besar mereka yang akan tentukan. perihal yang selalu dimanja kan tu ada kemungkinan ya dan ada juga kemungkinan tidak kerana ntah la aku diajar untuk menjadi manusia yang sering kali belajar berdikari dalam apa jua yg aku inginkan,tidak seperti orang lain,kawan2ku apa sahaja yang mereka inginkan impian mereka seringkali di penuhi as soon as possible. walaubagaimanapun aku dapat kenal erti begitu berharganya wang dan segalanya bagi aku untuk teruskan kehidupan ku.. aku ada impian,impian aku sudah aku angankan sejak aku tamatnya diploma. sebelum aku berkahwin aku nak ada rumah yang boleh melihat pemandangan KLCC,apartment mungkin. pabila malam pasti tenang melihatnya,segala masalah dapat dilupakan sebentar,begitu indah sekali pemandangan begitu. impian aku yang kedua,sebelum berkahwin juga aku inginkan kerja yang tetap untuk diriku menampung segala perbelanjaan harian hidup dan kehendakku,aku akan pastikan segala apa yang aku kehendakin perlu ditunaikan. mungkin aku akan teruskan perniagaan papaku yang telah sedia ada,dan kemungkinan juga aku akan cuba membina perniagaan aku sendiri,tapi aku tahu dalam perniagaan kita perlu mula dari bawah. aku ada idea aku sendiri,mungkin pada pandangan orang lain mengembala atau membuat business kambing sangat kolot,kotor dan busuk,tp bagi aku tak sama sekali kerana dari situ akan bermulanaya segalanya,aku yakin dan sangat yakin dengan membuat business kambing nie aku akan berjaya,insyallah.. yang terakhirnya impian aku nak peroleh kereta yang aku idamkan selama ini,..
PERDANA V6.. biarpun orang kata kereta tu dah lama tp pada aku tu la kerata aku selama ini.. hehehe.. 
Insyallah semuanya akan ku perolehi.. amin..